Wednesday, July 1, 2009

LaWaTaN Ke KuALa TeReNggAnU

Tataplah dahulu gambar-gambar ini. Laporannya akan menyusul.....















































Friday, June 5, 2009

Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform

Perkhemahan Bersepadu Unit-unit Beruniform SK Peserai telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 29 Mei hingga 31 Mei di Padang SK Peserai. Seramai 10 orang daripada hampir 200 peserta adalah murid pendidikan khas iaitu Hakim, Rahman, Nazerul, Yussof, Hafiz, Humairah, Zubaidah, Fatin, Nurul & Ili. Bagaimanapun hafiz tidak dapat hadir kerana demam. Murid-murid ditempatkan di khemah dan juga di kelas. Murid pendidikan khas berkampung di kelas PPKI walaupun ada bermacam cerita misteri terutama pada waktu malam.

Murid pendidikan khas turut menyertai perkhemahan ini. Hakim & Rahman memakai t-shirt biru tersengih-sengih bila menyedari lensa kamera fokus pada mereka.

Cikgu Aryanti, antara guru yang paling komited dalam tugasnya.

Hakim tidur kepenatan. Malam tadi tidur agak lewat kerana menakutkan murid perempuan dengan hantu.

Syahdu & comel sungguh Nurul & Fatin tidur.

Siapakah ini? Inilah Ili, mengigau sepanjang malam.

Humairah yang pendiam namun terserlah kematangannya.


Nazerul & Yussof menunggu giliran untuk mandi.

Yeah, bangun sudah...

Aduh, Zubaidah. Tak boleh buka mata ye?

Friday, May 22, 2009

Doa Selamat Hakim

Hakim baru sahaja selesai menjalani pembedahan di dalam mulut. Sebelum ini terdapat ketumbuhan ganjil di bawah lidahnya. Walaupun tidak merasa sakit, ia amat mengganggu pertuturan Hakim. Setelah pecah secara tiba-tiba, Hakim telah dihantar ke Hospital Muar untuk rawatan lanjut.

Hari ini, En Kamaruzaman dan Puan Lizah telah menunaikan hajat Hakim untuk menjamu warga PPKI SK Peserai nasi ayam. Semua guru juga menerima kain batik sempena Hari Guru. Terima kasih buat keluarga Hakim!






Wednesday, May 20, 2009

HaRi GuRu 2009

Gambar kenangan guru-guru SK Peserai 2009.
Kami amat bertuah tahun ini pihak sekolah telah memberikan cenderamata yang begitu bermakna buat kami para guru Bestari iaitu pen drive 4GB.


Gelagat murid pendidikan khas. Mereka agak resah kerana berada agak lama di dataran. Rata-rata murid ini dari kategori hiperaktif.






Cikgu Rohaiza & Cikgu Mila semasa perhimpunan mingguan & sambutan hari guru 2009





Cikgu Salwa & Cikgu Haida.







Kek dari guru PPKI untuk murid-murid pendidikan khas. Jika guru lain menerima hadiah dari murid, di PPKI keadaan adalah sebaliknya. namun, kami warga PK tetap ceria & gembira sentiasa.

Suhaila, Shamzarina & Aisyah.. Kenyang makan kek.









Aina, Bedah & Fatin. Melambai tangan bila bergambar. Bersih dah ke tangan tu?






Jejaka macho PPKI. Aiunur, Rohaizat, hanafi, Firdaus & Mahathir.





Warga PPM PPKI. Walaupun penat melayan & menguruskan murid, PPM juga sentiasa ceria & gembira.






Selamat Hari Guru, Mama!! Mungkin itulah ungkapan Aina kepada Cikgu Rohaiza.






Guru-guru PPKI SK Peserai. Cikgu Haida, Cikgu Rohaiza, Cikgu Engku, Cikgu Salwa, Cikgu Mila & Cikgu Jamaliah.





Kenyangnyeeee........







Inilah ruang dapur PPKI. Kena beli meja makan baru ni sebab warga PPKI sudah bertambah.







Nurul Aisyah tertidur kepenatan. Walaupun kurang sihat, semangat untuk menyambut Hari Guru memang patut dipuji.






Friday, May 15, 2009

Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat

Program ini diadakan di SK Bandar pada 12 Mei 2009 ( Hari Selasa ) bermula jam 8.00 pagi. SK Peserai telah menghantar 3 orang murid untuk 5 acara yang diadakan. Nurul mewakili SK Peserai dalam pertandinganTilawah Perempuan Junior dan Hafazan Perempuan Junior bagi kategori murid BP ( Bermasalah Pembelajaran ). Hakim pula mewakili dalam pertandingan yang sama tetapi bagi kategori lelaki. Fathurrahman pula mewakili sekolah dalam pertandingan azan. Tiada rezeki pada tahun ini, kami tidak mendapat tempat dalam semua pertandingan. Nurul yang biasanya lancar membaca agak teragak-agak semasa pertandingan. Namun insyaALLAH, beliau boleh digilap lagi.

Bersama-sama Cikgu Zaad, Penyelaras Pendidikan Khas SMK Semerah.
Apa yang dimenungkan ya?

Nurul kelaparan selepas selesai semua pertandingan. Makanan simple tapi sodap!


Rahman dan Hakim bersama bekas murid PPKI SK Peserai, Mujahid.

Cikgu Jamaliah & Nurul

Cikgu Haida & Nurul

Mujahid memang aktif dalam semua acara.


Nurul tidak sabar menunggu giliran.

Hakim pun sama.

Hakim semasa tilawah

Nurul menunggu giliran tilawah

Wednesday, April 22, 2009

Lawatan Ke SK Seri Telok

Tujuan lawatan ini ialah untuk merapatkan silaturrahim antara warga pendidikan khas daerah Batu Pahat khasnya dan antara sekolah umumnya. Lawatan ini di sertai oleh kesemua warga PPKI. Dengan menaiki bas yang disewa khas, kami bertolak ke SK Seri Telok kira-kira jam 8.30 pagi.




Murid-murid teruja menaiki bas. Kebanyakan mereka tidak pernah berpeluang menaiki kenderaan ini. Peluang sebegini mampu memupuk semangat bersosial mereka agar mempunyai keyakinan diri dan boleh bercampur dengan ahli masyarakat lain walaupun mereka mempunyai kekurangan.



Suhaimi, Mahathir, Farid dan Sharul. Antara gembira, berdebar dan was-was. Gembira dapat keluar kelas, berdebar menaiki bas, was-was sebab tak bawa beg pakaian. Mereka tidak dapat membayangkan destinasi dan tujuan lawatan. Penerangan demi penerangan perlu diberi kepada anak-anak ini.



Rombongan kami tiba jam 9.00 pagi. Suasana persekitaran agak sepi kerana masih dalam sesi P & P. Kami terus menuju ke kelas pendidikan khas sekolah ini. Di sana kehadiran kami rupanya telah dinantikan.





Kehadiran kami disambut oleh Penyelaras Pendidikan Khas SK Seri Telok iaitu Pn Shamsiah, guru-guru PK iaitu Pn Suhaila, Cik Hidayah dan 2 orang PPM serta murid-murid PK. Di sini terdapat seramai 30 orang murid PK, 5 orang guru serta 2 orang PPM.




Acara pertama, makan. Kami telah dijamu di kantin sekolah. Mihunnya memang menyelerakan. Selepas itu, murid-murid menyertai sukaneka di padang sekolah. Antara acara yang dijalankan ialah membawa botol mineral dengan tali pancing dan menyambut belon berair. Walaupun agak panas, murid-murid dari kedua-dua sekolah ini amat ceria dan bertenaga.


Beginilah keletah anak-anak khas. Ceria dan gembira sentiasa. Cantikkan mereka memakai uniform!






Ukhuwah dari 2 sekolah. Ibnu dan Suhaila.