Tuesday, July 6, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kami warga PPKI. Kami telah pergi melawat ke Balai Bomba Jln Mohd Khalid, Batu Pahat. Kami telah disambut oleh beberapa orang Pegawai Bomba & Penyelamat.

Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan daripada pihak bomba dikuti ucapan terima kasih daripada pihak PPKI. Setelah itu kami ditayangkan dengan klip video lagu 3K. Dalam lirik lagu ini, diselitkan panduan bagaimana untuk menyelamatkan diri dalam asap tebal dan juga pakaian yang terbakar.

Tayangan kedua pula adalah tentang situasi sebenar bila panik dalam kejadian kebakaran di Rusia. Sungguh menyayat hati dan mengerikan. Begitu juga dengan situasi sebenar Pasukan Bomba & Penyelamat ini menjalankan tugas dalam kemalangan di Malaysia.

Syabas, tahniah dan terima kasih Pasukan Bomba & Penyelamat!! Semangat kalian memang dikagumi. Bukan calang orang mampu berhadapan dengan situasi yang mengerikan.

Seterusnya, kami dibawa melawat ke sekitar balai. Unit pentadbiran, unit latihan dan yang paling menarik ialah melihat bot penyelamat dan juga kereta bomba. Kami juga telah diberi penerangan tentang peralatan yang ada di dalam kereta bomba. Kami juga berterima kasih kepada Ketua Balai iaitu Encik Tahrin kerana mengizinkan kami menaiki kereta bomba sekitar bandar.














Monday, June 28, 2010

Mari Buat Roti Arab

Pada 23 Jun 2010 ( Rabu ), GPK Pendidikan Khas telah mengusulkan transisi membuat Roti Arab.. Ramai antara kami pernah makan roti arab dari Chef Fendi dari SK Bandar yang juga suami kepada Cikgu Sameha. Memang mantopp.. Untuk hari ini, GPK kami, Puan Engku Norhaliza menjadi Ketua Chef. Mari saksikan video-video di bawah ini.









Wednesday, June 2, 2010

MajLiS PerPiSaHaN CiKgU ShAhiDaH

Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Shahidah berada di SK Peserai. Permohonan pindah mengikut suami ke Pontian telah berjaya. Cikgu Shahidah telahpun melapor diri di SK Parit Sapran, Pontian pada 1 Jun 2010.
Rasanya baru semalam Ckgu Sha melapor diri di sekolah ini. Pejam celik, pejam celik, sudah setahun lebih Cikgu Sha menjadi warga PPKI SK Peserai. Terlalu banyak kenangan bersama beliau. Seorang yang ceria, berdedikasi, tidak pernah kata tidak jika diberi tugasan.. Sunyi agaknya PPKI selepas ini. Tada lagi tutur kata lembut & manja beliau..
Pasti murid-murid PPKI akan merasa kehilangan selepas ini. Hari ini hanya segelintir yang memahami erti perpisahan, naik sekolah nanti pasti soalan " Mana Cikgu Sha? ".."Cikgu Sha pergi mana?".. " Bila Cikgu Sha balik?" membuat kami, guru-guru yang tinggal ini, jenuh untuk menjawab..
Selamat jalan Cikgu Sha... Selamat berjuang di tempat baru...
Jangan lupakan kami di sini...ada masa jenguklah kami..









Tuesday, May 25, 2010

Oh, mereka di Langkawi.. Kami??

Seperti tahun-tahun lalu, PPKI SK Peserai akan menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke destinasi seluruh Malaysia. Tahun ini Pulau Langkawi menjadi pilihan. Ahli rombongan bertolak jam 8.00 malam Ahad yang lalu ( 23 Mei 2010 ). Mereka dijangka pulang pada Rabu malam ( 26 Mei 2010 ).

Sebahagian murid dan guru yang tinggal menjalani aktiviti P&P seperti biasa. Nak tahu aktiviti kami? Bagaimana 3 orang guru melayan kerenah 12 orang murid istimewa ini?

Kami memilih Transisi Kerjaya Masakan & Perkebunan. Pada Isnin semalam, murid kami berjaya membuat telur goreng dadar. Hari ini pula bersama-sama 'rewang' membuat jemput-jemput (cekodok bilis+kentang+lobak). Esok pula adalah aktiviti perkebunan memandangkan sudah agak lama sayuran kami tidak dibaja.

Gambar-gambar & video akan dimuat naik (upload) nanti.. Jangan lupa saksikan ya..

Monday, May 3, 2010

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat

Tahun ini PPKI SK Peserai telah menghantar Hanafi, Syed Ali, Fatin, Dayana & Zubaidah untuk pertandingan boling daerah yang diadakan di BP Mall. Tahun ini Dayana berjaya menyandang gelaran naib johan bagi kategori down sindrom.





n














Latihan Kebakaran Pendidikan Khas

Tanggal 15 April 2010 iaitu pada Hari Khamis, pihak bomba telah datang untuk sama-sama menjayakan latihan kebakaran di SK Peserai. Pelbagai ragam dapat dilihat bermula dari siren kecemasan dibunyikan. Bagaimana agaknya jika kebakaran benar-benar berlaku yer?

Acara yang menarik perhatian semua murid ialah sewaktu memadamkan api dan menggunakan pancuran air. Beberapa orang murid dan guru yang bertuah telah berpeluang menggunakannya. Peluang yang cuma sekali dalam hidup rasanya.

Yang menggelikan hati ialah dalam ramai-ramai murid, hanya murid PPKI yang berkaki ayam kerana kami memang tidak memakai kasut di dalam kelas. Dek kerana teruja melihat kereta bomba & ahlinya, kaki yang panas dek tar pun tidak terasa..