Tuesday, September 27, 2011

BaRaaN RaYa

Di rumah Yussof & Bedah










Di rumah Cikgu Lin & Ustazah Ita














Di rumah nenek Aziah















Di rumah Cikgu Pija












Di rumah Fazdli










Di rumah Aisyah













Di rumah Al-Hafiz






Friday, September 23, 2011

PrOgRaM CiTRaWaRnA PeNDiDiKaN KhAS

Pada 21 & 22 September 2011 telah berlangsungnya Program Citrawarna Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat. Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program tersebut. Antaranya ialah permainan dalaman iaitu dam ular, dam haji & congkak. Terdapat juga permainan treasure hunt
yang menguji ketahanan mental & fizikal peserta. Acara kemuncaknya ialah pertunjukan Pakaian Tradisional Malaysia yang diadakan secara terbuka menengah dan rendah untuk murid kategori down sindrom & cerebral palsy.


























Tuesday, September 13, 2011

Salam Aidilfitri!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua!!

Tahun ini PPKI SK Peserai meriah dengan Program Ziarah Raya Antara PIBG PPKI. Tidak disangka, sambutan daripada pihak ibu bapa murid amat menggalakkan. Nak tahu ke mana kami pergi?

Sabar ye, kami tengah mengumpulkan foto-foto yang berkaitan, tambahan pula masih ada beberapa destinasi yang belum kami kunjungi. InsyaALLAH, dalam minggu hadapan akan terpaparlah kemeriahan program kami ini.

Wednesday, August 3, 2011

RaMaDhAn TiBa LaGi

Yeah!! Kini sudah muncul bulan yang dinanti-nanti. Bulan yang penuh barakah.

Sebahagian murid PPKI berpuasa tahun ini. Ramai pula yang berpuasa sekerat hari. Bagi sebilangan kecil yang memang benar-benar tidak berkemampuan, mereka membawa bekal ke sekolah.

Macam-macam gelagat boleh dilihat. Ada yang jujur memberitahu mereka tidak puasa. Ada yang mengangguk dengan yakin bahawa dia berpuasa padahal baru sahaja memasukkan gula-gula ke dalam mulut. Ada juga yang mengamuk semahu-mahunya menjelang tengah hari. Bila disiasat ruapanya dia kelaparan, sampai sahaja di rumah terus ke dapur mencari makanan.

Selalu nampak macam mudah menjadi guru pendidikan khas. Nampak macam main-main sahaja. Setakat mengajar ABC. Bermandi-manda bersama murid di kolam renang. Anjurkan rombongan dengan murid keluar dari negeri Johor.

Hakikatnya?

Hehehehehe...semua bergantung pada nawaitu.. Selagi kita tidak berada di situasi seseorang itu, janganlah kita buat andaian yang negatif sahaja. Kalau kita nak jadikan sesuatu itu sukar, maka sukarlah jadinya. Jika kita ikhlas, insyaALLAH dipermudahkan segalanya. Bak ingatan yang sering diberi oleh Guru Besar kami, " Cakap biar sikit, jangan sikit-sikit cakap" . Sekarang ni, ramai yang punya IQ tapi tak ramai yang punya EQ.. Mari kita sama-sama cari EQ kita di bulan yang mulia ini.