Thursday, June 30, 2011

SaLaM TakZiah SeKaLi LaGi

Tanggal 17 Jun 2011, PPKI sekali lagi menerima berita yang menyentuh hati. Mohamad Sharul Nizam Bin Yusof telah kehilangan ayahanda tercinta. Encik Yusof telah meninggal akibat serangan jantung.

Pagi Jumaat yang penuh barakah.

Pagi itu, sebaik tiba di perkarangan sekolah, tingkap kereta saya diketuk. Kelihatan Sharul dipimpin seseorang.

" Cikgu, hari ini Sharul tak sekolah ye. "

" Tak sekolah? Ha, ye lah. Tapi kenapa ye? " biasanya murid PPKI ini ada pemeriksaan di hospital/klinik.

" Ayah dia meninggal malam tadi. "

" Hah? Betul ni Sharul? " Sharul hanya tersengih-sengih seperti biasa. Tiada tanda bersedih.

" Takziah ye. Sakit apa ye? "

" Mula2 sakit perut, minta Sharul sapukan minyak tapi tak baik juga. Hantar ke hospital, kat sana kene serangan jantung "

" Oh, begitu.. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuunn. Bila kebuminya ye? "

" Pagi ini. Hospital uruskan semuanya. Tinggal sembahyang dan kebumi saja "

" Baiklah, takziah sekali lagi. Sabar ye.. "

Nampak begitu banyak perubahan pada Sharul selepas pemergian ayahandanya. Nakal masih ada cuma banyak termenung. Selalu juga berkata " Saya nak matilah, cikgu hehehhehe ". Entah apalah yang dibayangnya tentang mati.

Bagi yang tidak perihatin tentu tidak perasan perubahannya. Raut yang selamba & nakal, tak siapa tahu apa dalam hatinya. Apalagi kanak-kanak istimewa yang baru berusia 10 tahun ini.














Monday, June 27, 2011

LAWATAN KE MELAKA DAN PORT DICKSON

Lambaian daripada ibu bapa peserta rombongan kepada peserta di dalam bas sebelum bertolak.


Tuan Haji Sarkawi, Guru Besar SK Peserai sempat mengiringi murid-murid menuju ke bas yang sedang menunggu di luar pagar sekolah.



Pegawai Pendidikan Khas, PPD Melaka, Guru Besar, dan guru-guru penolong kanan SKPK Semabok, Melaka




Bergambar kenangan di SKPK Semabok, Melaka.



Di Toy Library







Menikmati mi kari dan teh o di kantin asrama


Sesi bertukar cenderamata.



Yusrina cuba mendengar di bilik audiologi


Tidak sabar mahu naik cruise!!


Sharul muntah selepas makan malam di Teluk Kemang






Fakrul yang sedia takut air dipaksa juga masuk ke kolam


Jom naik River Cruise!!







Tahun ini PPKI SK Peserai telah berpeluang ke Melaka dan Port Dickson untuk aktiviti tahunan.



27 JUN 2011


6.45 pagi
: Berkumpul di sekolah
: Sarapan
: Bacaan doa oleh Ustaz Muhibbudin

7.30 pagi
: Bertolak dari SK Peserai ke Melaka menaiki bas

10.00 pagi
: Tiba di SKPK Jalan Semabok, Melaka
: Disambut oleh Guru Besar SKPK serta GPK-GPK
: Ucapan daripada Guru Besar
: Ucapan daripada Pegawai Perkhidmatan Pend. Khas, Encik Zaidee
: Lawatan sekitar sekolah
- bilik audiologi, multi sensori, toy library
: Jamuan - mi kari & air teh o di kantin asrama sekolah
: Sesi bertukar cenderamata
: Bertolak ke River Cruise

12.30 t.hari
: Tiba di River Cruise
- 2 bot digunakan
- panjang perjalanan sejauh 9km pergi balik

1.30 ptg
: Berhenti makan di R&R Ayer Keroh

4.30 ptg
: Sampai di Tiara Beach Resort

5.00 ptg
: Mandi manda / rehat

8.00 mlm
: Makan malam di Teluk Kemang
: Bersiar di sekitar Pantai Batu 4.

11.00 mlm
: Bertolak balik ke hotel


28 JUN 2011

7.00 pagi
: Mandi manda

8.00 pagi
: Berkemas untuk pulang
- Sarapan

11.30 pagi
: Makan di Kedai Makan Seri Bayu
: Bertolak ke Melaka

2.00 ptg
: Berhenti di R&R Ayer Keroh
- Solat

3.00 ptg
: Tiba di Taman Rama-rama & Reptilia

4.30 ptg
: Singgah di kedai coklat

5.00 ptg
: Tiba di Menara Taming Sari ( 80meter dari aras laut )
- Melihat pemandangan Bandaraya Melaka selama 7 minit

5.30 ptg
: Ke Arked Mara untuk membeli-belah
- jualan cenderamata seperti t-shirt, keychain, topi
- makanan seperti kerepek, belacan. cencaluk

6.45 ptg
: Bertolak pulang ke Johor.

8.00 mlm
: Sampai di R&R Pagoh
- Solat / Makan

10.10 mlm
: Tiba di SK Peserai.

Friday, June 10, 2011

Selamat Datang Cikgu Fizah!!

Pada 7 Jun 2011, seorang lagi guru baru telah melapor diri di PPKI. Puan Nur Hafizah Binti Mohamad sebelum ini bertugas di SK Penghulu Ahmad, Langkawi. Beliau merupakan guru lepasan UPSI pada tahun 2007.

Wednesday, May 18, 2011

SaLaM TaKZiaH...




13 Mei, bapa kepada bekas murid SK Peserai telah kembali ke rahmatullah dalam kemalangan di Gambang. Ada disiarkan dalam akhbar Berita Harian keluaran hari Sabtu. Memang berita itu mengejutkan kami warga PPKI. Teringat wajah Muhammad Soffi Aziz. Soffi memang rapat dengan arwah ayahnya.

16 Mei, sewaktu Majlis Sambutan Hari Guru,GPK PPKI telah menerima panggilan dari guru SMK Dato' Onn. Bekas murid kami, Muhammad Azam Bin Razak telah jatuh pengsan di sekolah pagi ini dan disahkan meninggal oleh doktor di hospital. Azam yang memang sering pitam, seorang yang pendiam. Pandai menjahit dan suka tersengih.

Soffi dan Azam adalah kawan baik. Sudah tersurat ketentuan Ilahi, marilah kita sama-sama mendoakan agar arwah bapa Soffi dan arwah Azam ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Friday, May 13, 2011

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah

YB Dato' Noraini Binti Ahmad ( Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ahli Parlimen Parit Sulong ) sedang mendapatkan informasi daripada Pn Siti Muslihat Binti Jailani, Penolong PPD Pendidikan Khas Daerah BatuPahat )


Gambar semasa latihan @ sebelum pemilihan


Menunggu pembahagian lane


Bersama guru pengiring merangkap pembimbing


Nur Aimi Dayana dengan hadiah yang dimenanginya


Pada 12 & 13 Mei, Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat telah diadakan di Pacific Bowl, Batu Pahat Mall. 12 Mei 2011 adalah untuk kategori lelaki & perempuan junior dan juga sindrom down terbuka. PPKI SK Peserai telah diwakili oleh

BIL

NAMA MURID

UMUR

(tahun)

KATEGORI

1

SITI ZUBAIDAH BINTI AZAM

12

Bermasalah Pembelajaran : Perempuan Junior

2

FATIN FARHANA BINTI KAMARUZAMAN

13

Bermasalah Pembelajaran : Perempuan Junior

3

NUR AIMI DAYANA BT ZULKHAMIZI

13

Bermasalah Pembelajaran : Sindrom Down Terbuka

4

MOHAMAD SHARUL NIZAM BIN YUSOF

10

Bermasalah Pembelajaran : Lelaki Junior

5

MOHAMAD SUHAIMI BIN ASMAN

11

Bermasalah Pembelajaran : Lelaki Junior






















Untuk kali ini Nur Aimi Dayana berjaya menjadi johan bagi kategori sindrom down terbuka. Peserta SK Peserai yang lain mendapat antara 30 yang terbaik berbanding keseluruhan murid dari 31 buah sekolah rendah yang menyertainya.

Majlis penyampaian hadian dah penutupan rasmi disampaikan oleh YB Dato Noraini Binti Ahmad pada 13 Mei 2011 jam 11.00pagi.

Thursday, March 31, 2011

TakZiaH ShAmZaRiNa!!

Hari ini PPKI telah dikejutkan dengar berita pemergian ayah Shamzarina. Encik Sulaiman Atan telah meninggal kira-kira jam 2.00 pagi akibat serangan jantung. Takziah buat Sham... Insaf kami. Benarlah mati itu pasti..

Shamzarina merupakan anak kedua daripada 3 beradik. Murid mikrosefelus ini baru berusia 11 tahun. Kakak beliau pula menuntut di Tingkatan 1 manakala adik beliau baru berusia 2 tahun. Ibunya surirumah manakala arwah ayahnya bekerja kampung.

Guru-guru PPKI telah menziarahi beliau di rumah PPRT yang baru saja siap dibina. Jenazah sudah siap dikafankan. Sham lengkap bertudung menyambut kehadiran kami dengan salaman & senyuman. Fahamkah anak ini makna kehilangan??

Tatkala bacaan yasin dimulakan, Sham duduk di pangkuan GPK PPKI kami. Tidak lama, kedengaran tangisan kecil dari anak ini. Sayunya hati mendengar dan melihatnya. Sabarlah nak..

Setelah bacaan tahlil & yasin, saudara terdekat membuka bahagian muka untuk menatap wajah arwah, tatkala Sham dipanggil untuk melihat sama, beliau hanya menggeleng-gelengkan kepala. Terlalu pedih dan sedih hatinya. Ayahnya yang menghantar ke sekolah setiap pagi telah pergi. Bagaimana selepas ini? Ibunya tidak tahu menunggang motosikal. Adakah Sham tidak akan bersekolah selama-lamanya??

Untuk itu, kami pihak PPKI telahpun punya jalan penyelesaian. Tapi bagaimana untuk kehidupan seharian beliau sekeluarga?