Lilypie - Maternity

Tuesday, October 6, 2009

SaMBuTaN HaRi RaYa PPKI

Majlis Sambutan Hari Raya PPKI SK Peserai berjalan dengan lancar. Kerjasama semua guru, ppm, murid dan ibu bapa murid memang membanggakan. Antara tetamu yang hadir ialah Pegawai Khas Pendidikan Khas PPD Batu Pahat, Encik Khairi Bin Bahari, YDP PIBG, Tuan Haji Mejar Onn, Guru Besar SK Peserai, Tuan Haji Sarkawi Bin Satu, GPK 1, Puan Kalthom Bt Haron, GPK HEM, Puan Salimah Abd Rahman, GPK Koko, Encik Aziz Bin Seman, Guru Kaunseling, Cikgu Yusof Basir, Guru Data, Cikgu Yatim Juli, staf-staf sokongan SK Peserai, ibu bapa murid-murid PPKI.

Juadah utama bagi majlis ini iaitu ketupat, sayur lodeh, sambal kacang ditempah dari ibu murid sendiri yang sememangnya menjalankan perniagaan makanan. Ada juga sebahagian kecil ibu bapa yang tidak dapat hadir kerana punya komitmen yang lebih utama. Walau apapun, wajah ceria murid-murid PPKI dapat diabadikan di sini.