Lilypie - Maternity

Friday, June 22, 2012

SeLaMaT HaRi JaDi CiKgu JaMaLiaH

Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Puan Jamaliah Binti Maskan. 

Murid-murid, guru dan PPM dijamu dengan kek yang sangat sedap. 

Terima Kasih Cikgu Jamaliah!!

Semoga panjang umur, murah rezeki dan dilindungi ALLAH sentiasa..


Serba ungu!!     




 
Birthday Girl Memotong kek
 
" Camana nak bahagikan ni? "

Wednesday, June 20, 2012

SeLaMaT HaRi JaDi AiShAh!

Happy Birthday to You.. 
Happy Birthday to You..
Happy Birthday to Nurul Aisyah..
Happy Birthday to You..


19 Jun merupakan hari ulang tahun  kelahiran Nurul Aisyah Binti Shukor yang ke-9. Semalam beliau tidak hadir kerana demam. Menurut ibunya, dalam demam-demam pun masih sempat meminta ibunya menyediakan kek dan jajan untuk kawan-kawannya kerana dah lama beliau teringin menyambutnya di sekolah. Semoga Aisyah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang solehah!!


Bertemakan pink colour!!

Aisyah tak sabar nak memotong kek

Kawan-kawan tak lepas merenung kek.

" Lambatnya Aisyah nak potong!! Lapar dah ni!!"

Sunday, June 17, 2012

SELAMAT DATANG GURU BESAR BARU!!

Selamat datang buat Tuan Haji Md Khirom Bin Ab Rahman selaku pemimpin baru SK Peserai. Beliau sebelum ini bertugas sebagai Guru Besar di Sk Seri Separap. Beliau juga merupakan salah seorang Guru Besar Cemerlang di daerah Batu Pahat. Semoga SK Peserai akan bertambah gemilang dengan pimpinan baru ini.

PERTUKARAN GURU BESAR

 Tuan Haji Sarkawi Bin Haji Satu telah diarah melapor diri ke sekolah baru pada 1 Mac 2012. Berhampiran dengan sekolah kami, SK Penghulu Salleh akan menjadi rumah baru untuk Tuan Haji. Setelah hampir 8 tahun berada di SK Peserai, semoga di sekolah baru Tuan Haji akan mendapat nafas baru dan lebih cemerlang.

Mengimbau kembali kewujudan blog ini, hasil galakan, dorongan dan bimbingan kuat Tuan Hajilah maka ianya terhasil. Sebelum ini saya hanya tahu melayari internet untuk mancari bahan2, membaca akhbar2, muat turun cerita dan permainan dan juga menggunakan program biasa microsoft office seperti Words, Excel, Powerpoint, Publisher & FrontPage.

Tuan Haji mahu aktiviti Unit Pendidikan Khas dikenali oleh warga SK Peserai khususnya dan pelayar internet amnya. Dengan peruntukan masa yang agak lama juga, siang malam, akhirnya hasil try & error membuahkan hasil ini. TERIMA KASIH TUAN HAJI!!!