Lilypie - Maternity

Wednesday, August 3, 2011

RaMaDhAn TiBa LaGi

Yeah!! Kini sudah muncul bulan yang dinanti-nanti. Bulan yang penuh barakah.

Sebahagian murid PPKI berpuasa tahun ini. Ramai pula yang berpuasa sekerat hari. Bagi sebilangan kecil yang memang benar-benar tidak berkemampuan, mereka membawa bekal ke sekolah.

Macam-macam gelagat boleh dilihat. Ada yang jujur memberitahu mereka tidak puasa. Ada yang mengangguk dengan yakin bahawa dia berpuasa padahal baru sahaja memasukkan gula-gula ke dalam mulut. Ada juga yang mengamuk semahu-mahunya menjelang tengah hari. Bila disiasat ruapanya dia kelaparan, sampai sahaja di rumah terus ke dapur mencari makanan.

Selalu nampak macam mudah menjadi guru pendidikan khas. Nampak macam main-main sahaja. Setakat mengajar ABC. Bermandi-manda bersama murid di kolam renang. Anjurkan rombongan dengan murid keluar dari negeri Johor.

Hakikatnya?

Hehehehehe...semua bergantung pada nawaitu.. Selagi kita tidak berada di situasi seseorang itu, janganlah kita buat andaian yang negatif sahaja. Kalau kita nak jadikan sesuatu itu sukar, maka sukarlah jadinya. Jika kita ikhlas, insyaALLAH dipermudahkan segalanya. Bak ingatan yang sering diberi oleh Guru Besar kami, " Cakap biar sikit, jangan sikit-sikit cakap" . Sekarang ni, ramai yang punya IQ tapi tak ramai yang punya EQ.. Mari kita sama-sama cari EQ kita di bulan yang mulia ini.