Lilypie - Maternity

Saturday, March 3, 2012

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah 2012

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat bagi tahun 2012 telah diadakan di Pacific Bowl, Batu Pahat Mall pada 28 & 29 Februari 2012. PPKI SK Peserai telah menghantar wakil Nur Aimi Dayana (DS), Zulhilmi & Sharul (BP Lelaki Junior), Zubaidah & Fatin (BP Perempuan Junior).

Pada hari pertama diadakan pertandingan bagi kategori BP/BP Junior dan hari kedua pula untuk kategori BP/BP/BL Senior, DS dan CP terbuka. Acara bermula seawal 9.30 pagi-1.00 petang.

Perasmian penutup dilakukan oleh YB Tuan Haji Ab Aziz Bin Kaprawi, ADUN Kawasan Parit Raja.

Alhamdulillah, SK Peserai telah mendapat naib johan dalam kategori Keseluruhan BP/BD Junior, Lelaki Berkumpulan BP/BD Junior, Down Sindrom Terbuka. Individu Lelaki BP/BD Junior pula mendapat tempat ke-6. Tahniah kepada adik Nur Aimi Dayana Binti Zulkhamizi, Mohamad Zulhilmi Mohd Azaman, Mohamad Sharul Nizam Bin Yusof, Siti Zubaidah Binti Azam dan Fatin Farhana Binti Kamaruzaman.

Tahun lepas Dayana telah menyandang gelaran johan bagi kategori DS Terbuka Junior. Tahun ini beliau terpaksa bersaing dengan DS Terbuka (junior + senior) yang mana johannya disandang oleh Siti Nur Hafifah Binti Ishak, bekas murid SK Peserai. Semoga tahun-tahun akan datang akan memberikan lagi kenangan manis buat PPKI SK Peserai.