Lilypie - Maternity

Saturday, February 13, 2010

MisTeRi GaMbAr Di HaRi SuKaN

Sukan Tahunan Kali ke-42 SKP berlangsung dengan jayanya sebentar tadi.

Saya cuba merakam aksi murid-murid PPKI menyertai perarakan namun cuba lihat gambar ini betul-betul. Gambar paling bawah merupakan gambar terawal diambil pada kejohanan olahraga SKP kali ke-42. Cuba ikut turutan.

Apa yang menyebabkan kamera ini kejap okey, then tak okey? Nak kata panas, tak terdedah & ada gambar yang elok saja.

Saya akan minta dari kamera Cikgu Wan Ali bagi gambar yang diambilnya selepas naik cuti nanti.





























Wednesday, February 3, 2010

MENGAPA KITA MESTI MENGUASAI ICT

ICT merupakan singkatan bagi Information and Communication Technologies yang bermaksud Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Ia meliputi pelbagai teknologi yang ada seperti telefon, televisyen, internet, komputer dan banyak lagi.

Sebagai satu-satunya sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar di negeri Johor pada 2009, memang wajar ICT ini dititiberatkan oleh pihak pentadbiran dan warga SK Peserai. Kami di Program Pendidikan Khas Integrasi tidak terkecuali dengannya.

Bermula tahun 2007, kami telah berjaya menceriakan kelas kami dengan pelbagai bahan seperti carta-carta, lembaran kerja dan bahan bantu mengajar menggunakan komputer hampir sepenuhnya.

Mata pelajaran ICT yang diperkenalkan ternyata menarik minat murid-murid kami yang kebanyakannya tidak tahu membaca, menulis dan mengira. Dalam masa tidak sampai sebulan, ada murid yang mengenal peralatan seperti papan kekunci, tetikus, monitor dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Malah ada sebahagian kecil murid yang mampu membantu guru menyediakan peralatan seperti memasang plug, tekan button on, memasang speaker LCD dan cara menyambung laptop di LCD, memasang vcd dan mencetak.

Malah ada yang mengenal huruf konsonan dan vokal besar lebih baik dari huruf kecil hanya kerana minat dengan papan kekunci yang mana semuanya menggunakan huruf besar. Memang besar impaknya penggunaan ICT sebagai bahan bantu mengajar di program pendidikan khas.

Terlalu ramai murid hiperaktif di kelas kami. Tidak boleh duduk diam dan memberikan fokus yang lama dalam P & P. Dengan adanya ICT ini, murid-murid ini mampu duduk diam dan mendengar pengajaran yang disampaikan dengan lebih baik.

Jadi sebagai guru pendidikan khas, penguasaan ICT yang baik amat dituntut kerana ia mampu memberi impak yang amat positif kepada murid-murid istimewa ini.

Monday, February 1, 2010

SeLaMaT DaTaNg CiKgU WaN ALi



1 Februari 2010, PPKI SK Peserai telah menerima seorang guru sandaran baru iaitu Cikgu Wan Ali. Lepasan Ijazah dari UPM dan pernah menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir. Inilah kumbang pertama dalam sejarah guru PPKI SK Peserai.

Hari pertama ini belum banyak dapat berkenalan kerana Cikgu Wan Ali banyak mendengar taklimat dari Guru Besar dan GPK Pendidikan Khas. Kami berjumpa pun setelah jam melepasi pukul 12.00 tgh hari. Nama pun wan, cikgu ini berasal dari Kuala Krai, Kelantan. Sudah berumahtangga dengan orang Batu Pahat.

Semoga kehadiran Cikgu Wan Ali ini dapat membantu guru-guru & ppm untuk membantu mengubah dan mengawal tingkahlaku murid-murid yang semakin hiperaktif ini.