Lilypie - Maternity

Saturday, July 31, 2010

Karnival Sempena Sambutan 100 Tahun SK Peserai

Hari Jumaat (30/07/10) SKP telah mengambil cuti peristiwa sempena Karnival Sambutan 100 Tahun SK Peserai. Acara bermula seawal jam 7.30 pagi dengan bacaan doa, yasin & tahlil di dewan sekolah.

Majlis perasmian telah diadakan pada har Sabtu (24/07/10) oleh YB Datuk Haji Ariss bin Samsudin ADUN Semerah. Jemputan VIP pada pagi Jumaat itu antaranya ialah YDP PIBG Mejar (B) Tn Hj Onn Bin Abd Wahab, Tn Hj Shapie Bin Md Shariff selaku PPD Batu Pahat, Tuan Haji Mohammad Razi bin Abd Rahim mantan Ketua Sektor Akademik JPN Johor yang juga merupakan kerani pertama SK Peserai. Tuan Haji Ghazi bin Hj Ali wakil PPD selaku bapa angkat SK Peserai pula telah sudi menghadirkan diri dalam Majlis Penutup pada hari Sabtu.

Terdapat booth-booth yang menjual pelbagai barangan, makanan & minuman sepanjang karnival berjalan. Antaranya ialah AVON, TUPPERWARE, MBSB, CELCOM, peralatan komputer, roti arab, gerai minuman, pakaian, buku-buku, akhbar & bahan pencuci.

Suasana agak lengang pada hari pertama kerana hujan lebat seawal pagi. Namun pada hari Sabtu, alhamdulillah suasana memang sangat merah. Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya pertandingan blog peribadi & panitia aktif, mewarna lukisan, kuiz menaip terpantas, kuiz meneka kacang dan pakaian beragam.Murid-murid PPKI juga terlibat dalam kesemua acara ini. Ainur merupakan penaip terpantas bagi kategori pendidikan khas.

Majlis Makan Malam ALUMNI diadakan pada hari Jumaat bermula jam 8.30 malam hingga hampir pukul 12.00 tgh malam. Terdapat pelbagai persembahan sepanjang majlis berjalan antaranya Kalam Jama'ie, Zapin Tahun 1, Angklung, Bahasa Cina, Taran Rama-rama Prasekolah dan persembahan dari artis jemputan iaitu Kumpulan Nasyid Syafeera.

Majls terakhir pada hari Sabtu sudah tentulah majlis penyampaian hadiah. Semoga ada lagi sambutan untuk 100 tahun akan datang hehehehe....

Wednesday, July 28, 2010

Pertandingan Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah

Pada 28 Julai 2010 (Rabu), PPKI SK Peserai telah menghantar 4 orang wakil dalam Program Semarak Islam yang diadakan di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Guru yang ditugaskan untuk mengiringi mereka ialah Encik Wan Ali Bin Wan Ishak, Cik Nuraswany Binti Selamat & Puan Nor Haida Binti Md Yusof.

Ainur telah mengambil bahagian dalam Hafazan Lelaki Junior, Tilawah Junior dan Merumikan Tulisan Jawi. Fazdli pula dalam acara Azan Subuh Junior, acara Hafazan Perempuan Junior diwakili oleh Aishah Shukor dan Aisyah Jemain pula terlibat dalam Tilawah Perempuan Junior.

Pendaftaran dibuat di Dewan Besar SMK Tun Ismail. Acara bermula jam 8.30 pagi. Oleh kerana acara dijalankan boleh dikatakan serentak berjalan, kami selaku guru pengiring membawa murid yang terlibat ke stesen-stesen pertandingan.

Acara terakhir untuk hari itu ialah di Stesen Hafazan pada jam lebih kurang 12.00 tengah hari. Kami terus menuju ke Medan Makan berhampiran untuk makan tengah hari. Kami semua memesan makanan bergoreng. Dek kerana lapar, tak sampai 15 minit habis licin pinggan dibuatnya hehehehe...

Dalam pukul 1.00 petang kami kembali ke Dewan Besar untuk upacara penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah, tahun ini Ainur muncul tempat ke-3 dalam acara Tilawah Lelaki Junior. InsyaALLAH tahun depan kami akan bawa lebih banyak kejayaan kerana tahun ini merupakan kali pertama semua murid kami ini menyertai Program Semarak Islam.

Tuesday, July 20, 2010

Menonton Wayang Di Square One

Pada hari Selasa ( 20 Julai 2010 ), warga PPKI SK Peserai telah mengunjungi pusat membeli-belah Square One dan Carrefour. Kami bertolak dengan 7 buah kereta pada jam 10.45 pagi dan tiba di sana dalam pukul 11.00 pagi. Sementara guru yang terlibat membeli tiket wayang di MBO dan juga roti untuk bekalan, guru-guru lain dan PPM membawa murid-murid melihat-lihat kedai yang terdapat di sana.

Mengikut rancangan awal, kami sepatutnya menonton filem ZOO namun atas sebab-sebab tertentu, pihak MBO telah menamatkan tayangan berkenaan lebih awal. Mujurlah ada filem Despicable Me yang sesuai untuk kanak-kanak. Tayangan bermula jam 12.30 tengah hari. Macam-macam aksi dapat dilihat di dalam panggung. Yang mana faham, tergelak-gelak dbuatnya. Bagi si comel Yusrina yang masih belum pandai menonton, lena diulit mimpi menjadi pilihannya. Ditambah dengan kesejukan penghawa dingin, agak lama juga untuk mengejutkannya.

Monday, July 19, 2010

Welcome Cikgu Lin!!

Tanggal 19 Julai 2010, Cik Nik Nur Bazlin Binti Nik Mustapha yang berasal dari Kelantan telah memulakan tugas pertamanya sebagai guru di PPKI SK Peserai. Jauh merantau, beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak (Minor Pendidikan Khas) dari UPSI. Beliau telah menggantikan Cikgu Sha yang berpindah ke Pontian.

Tuesday, July 6, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kami warga PPKI. Kami telah pergi melawat ke Balai Bomba Jln Mohd Khalid, Batu Pahat. Kami telah disambut oleh beberapa orang Pegawai Bomba & Penyelamat.

Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan daripada pihak bomba dikuti ucapan terima kasih daripada pihak PPKI. Setelah itu kami ditayangkan dengan klip video lagu 3K. Dalam lirik lagu ini, diselitkan panduan bagaimana untuk menyelamatkan diri dalam asap tebal dan juga pakaian yang terbakar.

Tayangan kedua pula adalah tentang situasi sebenar bila panik dalam kejadian kebakaran di Rusia. Sungguh menyayat hati dan mengerikan. Begitu juga dengan situasi sebenar Pasukan Bomba & Penyelamat ini menjalankan tugas dalam kemalangan di Malaysia.

Syabas, tahniah dan terima kasih Pasukan Bomba & Penyelamat!! Semangat kalian memang dikagumi. Bukan calang orang mampu berhadapan dengan situasi yang mengerikan.

Seterusnya, kami dibawa melawat ke sekitar balai. Unit pentadbiran, unit latihan dan yang paling menarik ialah melihat bot penyelamat dan juga kereta bomba. Kami juga telah diberi penerangan tentang peralatan yang ada di dalam kereta bomba. Kami juga berterima kasih kepada Ketua Balai iaitu Encik Tahrin kerana mengizinkan kami menaiki kereta bomba sekitar bandar.


video



video



video



video