Tuesday, July 6, 2010

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE BALAI BOMBA

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat kami warga PPKI. Kami telah pergi melawat ke Balai Bomba Jln Mohd Khalid, Batu Pahat. Kami telah disambut oleh beberapa orang Pegawai Bomba & Penyelamat.

Sesi bermula dengan ucapan alu-aluan daripada pihak bomba dikuti ucapan terima kasih daripada pihak PPKI. Setelah itu kami ditayangkan dengan klip video lagu 3K. Dalam lirik lagu ini, diselitkan panduan bagaimana untuk menyelamatkan diri dalam asap tebal dan juga pakaian yang terbakar.

Tayangan kedua pula adalah tentang situasi sebenar bila panik dalam kejadian kebakaran di Rusia. Sungguh menyayat hati dan mengerikan. Begitu juga dengan situasi sebenar Pasukan Bomba & Penyelamat ini menjalankan tugas dalam kemalangan di Malaysia.

Syabas, tahniah dan terima kasih Pasukan Bomba & Penyelamat!! Semangat kalian memang dikagumi. Bukan calang orang mampu berhadapan dengan situasi yang mengerikan.

Seterusnya, kami dibawa melawat ke sekitar balai. Unit pentadbiran, unit latihan dan yang paling menarik ialah melihat bot penyelamat dan juga kereta bomba. Kami juga telah diberi penerangan tentang peralatan yang ada di dalam kereta bomba. Kami juga berterima kasih kepada Ketua Balai iaitu Encik Tahrin kerana mengizinkan kami menaiki kereta bomba sekitar bandar.














No comments: