Tuesday, July 20, 2010

Menonton Wayang Di Square One

Pada hari Selasa ( 20 Julai 2010 ), warga PPKI SK Peserai telah mengunjungi pusat membeli-belah Square One dan Carrefour. Kami bertolak dengan 7 buah kereta pada jam 10.45 pagi dan tiba di sana dalam pukul 11.00 pagi. Sementara guru yang terlibat membeli tiket wayang di MBO dan juga roti untuk bekalan, guru-guru lain dan PPM membawa murid-murid melihat-lihat kedai yang terdapat di sana.

Mengikut rancangan awal, kami sepatutnya menonton filem ZOO namun atas sebab-sebab tertentu, pihak MBO telah menamatkan tayangan berkenaan lebih awal. Mujurlah ada filem Despicable Me yang sesuai untuk kanak-kanak. Tayangan bermula jam 12.30 tengah hari. Macam-macam aksi dapat dilihat di dalam panggung. Yang mana faham, tergelak-gelak dbuatnya. Bagi si comel Yusrina yang masih belum pandai menonton, lena diulit mimpi menjadi pilihannya. Ditambah dengan kesejukan penghawa dingin, agak lama juga untuk mengejutkannya.

No comments: