Wednesday, July 28, 2010

Pertandingan Program Semarak Islam Pendidikan Khas Daerah

Pada 28 Julai 2010 (Rabu), PPKI SK Peserai telah menghantar 4 orang wakil dalam Program Semarak Islam yang diadakan di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Guru yang ditugaskan untuk mengiringi mereka ialah Encik Wan Ali Bin Wan Ishak, Cik Nuraswany Binti Selamat & Puan Nor Haida Binti Md Yusof.

Ainur telah mengambil bahagian dalam Hafazan Lelaki Junior, Tilawah Junior dan Merumikan Tulisan Jawi. Fazdli pula dalam acara Azan Subuh Junior, acara Hafazan Perempuan Junior diwakili oleh Aishah Shukor dan Aisyah Jemain pula terlibat dalam Tilawah Perempuan Junior.

Pendaftaran dibuat di Dewan Besar SMK Tun Ismail. Acara bermula jam 8.30 pagi. Oleh kerana acara dijalankan boleh dikatakan serentak berjalan, kami selaku guru pengiring membawa murid yang terlibat ke stesen-stesen pertandingan.

Acara terakhir untuk hari itu ialah di Stesen Hafazan pada jam lebih kurang 12.00 tengah hari. Kami terus menuju ke Medan Makan berhampiran untuk makan tengah hari. Kami semua memesan makanan bergoreng. Dek kerana lapar, tak sampai 15 minit habis licin pinggan dibuatnya hehehehe...

Dalam pukul 1.00 petang kami kembali ke Dewan Besar untuk upacara penutup dan penyampaian hadiah. Alhamdulillah, tahun ini Ainur muncul tempat ke-3 dalam acara Tilawah Lelaki Junior. InsyaALLAH tahun depan kami akan bawa lebih banyak kejayaan kerana tahun ini merupakan kali pertama semua murid kami ini menyertai Program Semarak Islam.

No comments: