Friday, March 5, 2010

SUKAN PENDIDIKAN KHAS DAERAH BATU PAHAT

Pada 4 Mac 2010, Sukan PK Daerah Batu Pahat telah diadakan di SMK Dato' Onn. SK Peserai telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan makanan dan minuman pegawai. Puan Engku Norhaliza Tengku Amri selaku GPK PK SK Peserai, Puan Jamaliah, Puan Siti Shahidah, Puan Noorasyikin dengan dibantu oleh PPM SK Peserai dan SK Bandar telah bertungkus lumus menjayakannya.

4 orang guru lagi iaitu Encik Wan Ali Wan Ibrahim, Puan Rohaiza Mohd Som telah bertugas sebagai Pengelola Peserta, Puan Siti Normila sebagai pemerhati dan jurukamera dan Puan Nor Haida Md Yusof bertugas di bahagian lompat tinggi. Acara bermula jam 8.30 pagi dengan perasmiannya pada jam 10.30 pagi oleh Pegawai Khas Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat iaitu Puan Siti Muslihat Binti Jailani.

Walaupun cuaca agak terik, dapat dilihat kesungguhan murid-murid istimewa ini dalam mendahului acara yang mereka sertai. Tahun ini SK Peserai hanya berjaya menggondol perak dalam acara Down Syndrome Perempuan Junior yang diwakili oleh adik Nur Aimi Dayana Binti Zulkhamizi. Kami yakin tahun hadapan murid kami mampu meraih lebih banyak pingat kerana tahun ini merupakan tahun pertama bagi mereka menyertainya.


Nur Aimi Dayana Zulkhamizi - Down Syndrome Perempuan Junior.
Siti Zubaidah Azam - 100 meter Perempuan Junior.
Nur Suhailah Mohd Hatta - 100 meter Perempuan Junior
Fatin Farhana Kamaruzaman - lontar peluru Perempuan Junior
Mohd Hanafi Hamzah - 100 meter Lelaki Junior
Mohd Nazem Nazri - 100 meter Lelaki Junior
Mohd Rohaizat Mohd Aziz - Lompat Jauh Lelaki Junior
Mohd Firdaus Multazam - Lompat Jauh Lelaki Junior
Mohd Shahrul Nizam Yusof - Lontar peluru Lelaki Junior
Syed Ali Syed Agil - Lontar peluru Lelaki Junior

Ada yang mula mengantuk menjelang tengah hari. Selepas berehat selama 2 jam, akhirnya sukan ini tamat jam 5.30 petang.