Tuesday, May 25, 2010

Oh, mereka di Langkawi.. Kami??

Seperti tahun-tahun lalu, PPKI SK Peserai akan menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke destinasi seluruh Malaysia. Tahun ini Pulau Langkawi menjadi pilihan. Ahli rombongan bertolak jam 8.00 malam Ahad yang lalu ( 23 Mei 2010 ). Mereka dijangka pulang pada Rabu malam ( 26 Mei 2010 ).

Sebahagian murid dan guru yang tinggal menjalani aktiviti P&P seperti biasa. Nak tahu aktiviti kami? Bagaimana 3 orang guru melayan kerenah 12 orang murid istimewa ini?

Kami memilih Transisi Kerjaya Masakan & Perkebunan. Pada Isnin semalam, murid kami berjaya membuat telur goreng dadar. Hari ini pula bersama-sama 'rewang' membuat jemput-jemput (cekodok bilis+kentang+lobak). Esok pula adalah aktiviti perkebunan memandangkan sudah agak lama sayuran kami tidak dibaja.

Gambar-gambar & video akan dimuat naik (upload) nanti.. Jangan lupa saksikan ya..

Monday, May 3, 2010

Pertandingan Boling Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat

Tahun ini PPKI SK Peserai telah menghantar Hanafi, Syed Ali, Fatin, Dayana & Zubaidah untuk pertandingan boling daerah yang diadakan di BP Mall. Tahun ini Dayana berjaya menyandang gelaran naib johan bagi kategori down sindrom.





n














Latihan Kebakaran Pendidikan Khas

Tanggal 15 April 2010 iaitu pada Hari Khamis, pihak bomba telah datang untuk sama-sama menjayakan latihan kebakaran di SK Peserai. Pelbagai ragam dapat dilihat bermula dari siren kecemasan dibunyikan. Bagaimana agaknya jika kebakaran benar-benar berlaku yer?

Acara yang menarik perhatian semua murid ialah sewaktu memadamkan api dan menggunakan pancuran air. Beberapa orang murid dan guru yang bertuah telah berpeluang menggunakannya. Peluang yang cuma sekali dalam hidup rasanya.

Yang menggelikan hati ialah dalam ramai-ramai murid, hanya murid PPKI yang berkaki ayam kerana kami memang tidak memakai kasut di dalam kelas. Dek kerana teruja melihat kereta bomba & ahlinya, kaki yang panas dek tar pun tidak terasa..