Saturday, August 4, 2007

Mendaftarkan Anak Anda Ke Program Pendidikan Khas Integrasi

Anda perlu membawa anak anda berjumpa dotor pakar bagi mengesahkan keadaan dan kategori anak anda. Sebelum itu anda dinasihatkan berjumpa guru Pendidikan Khas jika anda bercadang untuk memasukkan anak anda ke Program Pendidikan Khas Integrasi.

1) Guru Pendidikan Khas akan memberikan borang pemeriksaan doktor dan cadangan penempatan kepada anda untuk di isi oleh doktor yang memeriksa anak anda.

2) Selepas itu, setelah pengesahan doktor dibuat, anda perlu menghantar borang penempatan tersebut ke Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk tindakan penempatan anak anda ke sekolah yang terdekat dengan tempat kediaman.

Pihak Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan akan menghubungi anda untuk mengesahkan penempatan persekolahan anak anda.

3) Kemudian, anda diminta membuat kad OKU untuk anak anda di Jabatan Kebajikan Masyarakat berhampiran untuk kemudahan anak anda seperti pembayaran elaun OKU, keistimewaan golongan kurang upaya dan lain-lain. Sila pastikan anda membawa anak anda serta surat pengesahan doktor untuk tujuan membuat kad OKU tersebut.

4) Kemudian anda perlu membuka akaun simpanan BSN di atas nama anak anda untuk tujuan pembayaran elaun OKU.

*Tempoh percubaan selama 2 bulan terhadap pelajar yang baru memasuki program ini untuk memastikan kebolehan murid ini menguruskan diri dan menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran


No comments: