Musuh utama kami sejak dahulu memang semakin aktif. Kini jarum-jarum jahit pun menjadi perhatian mereka, bukan setakat melubangkan almari-almari kayu. Namun, pelbagai cara telah digunakan untuk menghapuskannya termasuklah mengurung kucing untuk menakutkan musuh kami si tikus namun tidak berjaya.
Pernah juga berikan racun, memang berhasil namun sedikit sahaja yang berjaya. Menambah beban lagi apabila ia mati di atas siling, di celah kayu alang yang tinggi. Kami tidak akan sedar hinggalah terbau bangkai dan ulat bangkai ditemui merata-rata kelas.
Tahun ini alhamdulillah, hasil komited para PPM kami masalah itu nampaknya tidak seburuk dahulu walaupun masih ada. Terima kasih juga diucapkan kepada En Ariffin Atan yang sudi membantu kami semasa sesi gotong-royong ini
No comments:
Post a Comment