Thursday, January 13, 2011

PPKI DI TAHUN 2011

Murid kini berjumlah 35 orang dengan bilangan kelas masih 5 buah. Pembahagian kelas ada perubahan sedikit di mana Kelas Elit telah menjadi kelas KSSR Pendidikan Khas.

Ustazah Cik Nuraswany telah tamat tempoh kontrak dan kini kami menunggu kedatangan guru baru. Tahniah kepada Cikgu Wan Ali kerana berjaya dalam permohonan KPLI KDC dan kini selain menjadi GSTT beliau adalah guru pelatih di IPGM Durian Daun, Melaka.

Kelas KSSR telah diwujudkan di PPKI SK Peserai. Apa itu KSSR? cuba tengok blog ini http://www.blogcikgu.com/tag/kssr . Semoga KSSR berjaya mencapai matlamatnya. Terapi pertuturan pula mula diperkenalkan tahun ini bagi murid-murid yang memang sukar bertutur walaupun sebenarnya tiada masalah pendengaran.

Waktu persekolahan juga terdapat sedikit perubahan di mana sesi p&p pertama dilewatkan pada jam 7.45pagi & murid-murid kini pulang jam 1.15 tengah hari.

Kawasan belakang bangunan PPKI pula semakin sempit kerana projek pembinaan bangunan kelas untuk prasekolah sedang giat dijalankan.

No comments: