Friday, May 22, 2009

Doa Selamat Hakim

Hakim baru sahaja selesai menjalani pembedahan di dalam mulut. Sebelum ini terdapat ketumbuhan ganjil di bawah lidahnya. Walaupun tidak merasa sakit, ia amat mengganggu pertuturan Hakim. Setelah pecah secara tiba-tiba, Hakim telah dihantar ke Hospital Muar untuk rawatan lanjut.

Hari ini, En Kamaruzaman dan Puan Lizah telah menunaikan hajat Hakim untuk menjamu warga PPKI SK Peserai nasi ayam. Semua guru juga menerima kain batik sempena Hari Guru. Terima kasih buat keluarga Hakim!






2 comments:

Engku Norhaliza said...

Sama sama kita doakan agar hakim terus sihat.Keluarganya sedang menanti diagnosis dari pakar mengenai penyakitnya.Semoga dia dijauhkan dari penyakit berbahaya....tak sanggup menerima realiti andai terpaksa kehilangan hakim akibat penyakit itu...moga Allah jauhkan dan berikan kesihatan yang baik buat kita semua...kak engku

JaiDa CoMeL said...

hmm.. betul tu...hakim tu suka menyakat tapi penakut & pemalu... tapi tu la bertuahnya budak-budak kita. syurga dah pasti menanti di sana...