Perkhemahan Bersepadu Unit-unit Beruniform SK Peserai telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 29 Mei hingga 31 Mei di Padang SK Peserai. Seramai 10 orang daripada hampir 200 peserta adalah murid pendidikan khas iaitu Hakim, Rahman, Nazerul, Yussof, Hafiz, Humairah, Zubaidah, Fatin, Nurul & Ili. Bagaimanapun hafiz tidak dapat hadir kerana demam. Murid-murid ditempatkan di khemah dan juga di kelas. Murid pendidikan khas berkampung di kelas PPKI walaupun ada bermacam cerita misteri terutama pada waktu malam.
Cikgu Aryanti, antara guru yang paling komited dalam tugasnya.
Hakim tidur kepenatan. Malam tadi tidur agak lewat kerana menakutkan murid perempuan dengan hantu.
Syahdu & comel sungguh Nurul & Fatin tidur.
Siapakah ini? Inilah Ili, mengigau sepanjang malam.
Humairah yang pendiam namun terserlah kematangannya.
2 comments:
Tahniah dan terima kasih kepada semua guru pendidikan khas atas komitmen yang ditunjukkan .Biarpun penat melayan kerenah anak-anak khas,cikgu - cikgu tetap bersabar....tanpa kalian, tak bererti program PPKI ini....kak engku.
apa yang penting, kerjaaasama...
hiihihihi.... if ada tolak ansur,tahu tanggungjawab insyaALLAH semuanya berjala lancar..
Post a Comment